Usahawan Kecil | Tip-Tip Usahawan


Usahawan  adalah sesiapa yang terlibat dalam perniagaan, baik membuat, menjual ataupun berdagang barang-barang. Seorang pemilik tunggal bagi syarikatnya serta telah bertapak dari segi keperluan harian tetapi masih bercita-cita mengembangkan pengaruh dan kekayaannya (ayat skema )


Usahawan Kecil

Usahawan Kecil pastinya sesiapa sahaja yang terlibat dalam perniagaan kecil-kecilan dan bercita-cita mengembangkan perniagaanya ke peringkat yang lebih tinggi.


Tip-Tip Usahawan

Tertarik dengan satu Artikel yang dipetik daripada Usahawan yang bergelar jutawan Irfan Khairi.Mungkin boleh di kongsikan di sini sebagai tip-tip usahawan yang berguna.

Satu soalan yang diajukan oleh pelajar kepada saya adalah "En Irfan Khairi, apakah yang dilakukan dengan sejuta ringgit pertama yang diperolehi?"

Teringat saya lebih 10 tahun lalu bila pendapatan perniagaan Internet saya mencecah RM1,000,000. Untuk memperolehi untung sebegitu bukannya mudah, dan mengambil masa lebih 2 tahun juga. Oleh kerana mengenangkan masa dan tenaga yang telah dilaburkan untuk mencapai keuntungan sebegitu adalah tinggi, amat sukar untuk saya belanjakan secara boros.

Walaubagaimanapun, jawapan kepada soalan yang diajukan oleh pelajar tersebut dapat menjelaskan prinsip kewangan yang amat penting. Jawapan saya, "Saya membeli sebuah kereta tempatan kecil dan sebuah apartment kecil secara tunai"

Mengapa yang kecil sahaja dan tidak yang besar? Itulah silapnya ramai usahawan kita. Bila mendapat durian runtuh, terus membeli kereta mewah dan rumah yang indah. Pastinya, membeli secara berhutang dengan bayaran ansuran bank bulanan yang tinggi. Yang penting, standard mesti kena jaga supaya orang lihat kita nampak gah!

Tetapi, berkali-kali saya terdengar kisah usahawan yang hutang keliling pinggang oleh kerana ingin tampil hebat cuma, apabila perniagaan gagal, kereta kena tarik, rumah kena lelong. 

Amat penting untuk kita melindungi diri kita terlebih dahulu. Mengapa saya membeli kereta kecil dan apartment kecil? Oleh kerana ingin melindungi diri dan keluarga sekiranya rezeki tidak berpihak pada diri saya, dan perniagaan gagal, sekurang-kurangnya sudah ada kereta dan rumah- walaupun kecil

Prinsip kewangan yang disebutkan adalah untuk melindungi diri kita daripada apa jua kecemasan yang mungkin berlaku. Dalam hidup, malang tidak berbau. Berbagai-bagai perkara boleh terjadi yang akan mengakibatkan masalah kewangan. Tugas kita yang pertama sekali adalah melindungi diri kita.

Pastikan kita mempunyai simpanan kecemasan yang boleh digunakan sekiranya sesuatu terjadi. Berapa banyakkah simpanan kecemasan yang diperlukan? Jawapannya adalah, hitung perbelanjaan bulanan anda, dan gandakan dengan 6. Angka tersebut adalah simpanan kecemasan minima yang perlu anda miliki. Sekiranya perbelanjaan bulanan anda adalah RM1,300, maka simpanan kecemasan anda perlu ada adalah sekurang-kurangnya RM7,800. 

Berapakah jumlah simpanan kecemasan anda kini? Sekiranya tidak mencapai 6 bulan perbelanjaan anda, anda adalah dalam keadaan yang amat merbahaya!

{ 7 comments.. read them below or add one }

anip anip 28/4/13 6:16 PM
mulakan dengan kecil2an dahulu sebelum ke peringkat lebih tinggi..lagi banya pengalaman berharga yang dapat dilalui