Khidmat Terbaru Di Mekah !!!


KHIDMAT BARU: Pekhidmatan kereta api ringan Mashair Railway, atau Mecca Metro, di kawasan tanah suci Makkah, Arab Saudi, ini memulakan perkhidmatan rasminya semalam bagi memberi kemudahan perjalanan jemaah haji. -- Foto AFP
MAKKAH: Perkhidmatan tren Mashair Railway atau juga dikenali sebagai Mecca Metro, dibuka secara rasmi semalam bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada jemaah haji pada permulaan ibadah itu musim ini.
Ia sekali gus mengatasi sebahagian daripada kesesakan yang sering berlaku semasa musim haji di bandar tersebut.
Khidmat tren ringan dua landasan itu, yang awalnya menyambungkan sembilan stesen, menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Gunung Arafat yang sering sesak sepanjang lima hari utama musim haji.

Ia akan menggantikan perkhidmatan sebanyak 4,000 bas yang pernah digunakan sebelum ini.

Perjalanan rasmi pertama kereta api tersebut dimulakan di Mina pada 8 malam (waktu tempatan) semalam, sedang jemaah berkumpul di sana, di luar Makkah dan di Arafat apabila sekitar 2.5 juta jemaah berkumpul di kawasan sekeliling Gunung Arafat.

Khidmat tren buatan China itu, yang hanya digunakan untuk lima hari setiap tahun buat masa ini, akan hanya beroperasi dengan keupayaan 35 peratus bagi tahap pertama ini.

Ia akan dibuka hanya kepada jemaah Arab Saudi dan rantau Teluk - dianggarkan sekitar 130,000 warga Arab Saudi, 10,000 warga Kuwait dan 10,000 warga Bahrain, kata Encik Saeed al-Qurashi, ketua Jawatankuasa Haji dan Umrah Dewan Perniagaan Makkah. -- AFP.


1 comment... add one now

Hakimi Reza Hakimi Reza 17/11/10 8:12 PM
kemudahan yang amat penting ni...